Syarikat kami, Plumbing Boon Chye dan Perkhidmatan Elektrik, adalah salah satu kontraktor terbesar di Malaysia. Kami mempunyai pasukan yang terdiri lebih daripada 80 pakar pekerja dengan lebih daripada 35 tahun pengalaman dalam industri yang berbeza. 

Kami mempunyai tukang paip, juruelektrik, kontraktor pembinaan dan ubahsuai, pakar pemotong pokok dan tukang serba guna untuk tugasan kecil yang meliputi KL dan Selangor.

Tukang paip

Kumpulan pakar paip kami terutamanya menberi tumpuan dalam 3  aspek kerja paip. Sebagai contoh, perkhidmatan pembaikan paip, seperti pembaikan paip bocor, pemulihan paip air, dan paip air pecah. 

Selain itu, kami juga membantu dengan perkhidmatan pemasangan paip, seperti memasang keran baru, paip air, dan sink. Akhir sekali, kami juga menyediakan perkhidmatan pemasangan lain, seperti pam air, tangki air, penapis air dan pemanas air.

Juruelektrik

Pasukan kami juruelektrik dan wireman berpakar dalam 3 tugas, iaitu pendawaian, pemeriksaan dan pemasangan. Untuk perkhidmatan pendawaian, kami menyediakan penyambungan, pendawaian baru, pendawaian voltan tinggi dan pendawaian kalis air untuk landskap luaran. 

Selain itu, untuk perkhidmatan pemeriksaan, kami meliputi litar pintas, fius terbakar, menukar kotak DB, Blackout, lintasan dan kebocoran elektrik. Seterusnya, bagi pemasangan elektrik, kami berkhidmat dalam memasang penghawa dingin, lampu, pemasangan pintu gerbang dan pemanas air.

Kontraktor Pengubahsuaian

Sebagai kontraktor ubahsuai, kami mempunyai pengalaman berurus dengan projek pengubahsuaian besar sehingga ke tugas pengubahsuaian kecil. Untuk projek pengubahsuaian yang lebih besar, ia boleh merangkumi reka bentuk dan membina banglo. Kami mempunyai lesen CIDB yang diperlukan, dan kami berpengatahuan tentang semua tugas arkitek dan mematuhi pihak berkuasa tempatan. 

Untuk tugas pengubahsuaian yang lebih kecil, ia termasuk kerja mengecat, pasang jubin lantai, bumbung, siling dan yang lain. Kami pakar dalam ubahsuai rumah, pejabat, kedai, pembaikpulihan rumah dan pemanjangan dapur atau tempat letak kereta.

Pakar membaiki kebocoran air

Kami mempunyai pasukan pakar membaiki kebocoran air yang mengkhususkan diri dalam membaikpulih kebocoran air di rumah atau bangunan komersial. Kami menyediakan perkhidmatan waterproofing bumbung konkrit, jubin bumbung dan bumbung zink untuk kilang. Selain itu, kami juga pakar dalam permulihan kebocoran tandas, balkoni dan suntikan PU. Anda harus mendapatkan perkhidmatan pakar permulihan kebocoran kita yang turut menyelesaikan masalah dari akarnya dan janji tidak berulang lagi.

Tukang Serba Boleh

Sesetengah kontraktor hanya boleh melakukan pekerjaan kontrak yang lebih besar. Walau bagaimanapun, syarikat kami mempunyai kumpulan yang bertumpuan dalam tugas-tugas yang lebih kecil, yang digelari kerja tukang. Ia termasuk menyelesaikan tandas, longkang atau parit hujan yang tersumbat.

Ia juga boleh melibatkan perkhidmatan memotong pokok, pemangkasan pokok atau membuang pokok-pokok yang terjatuh. Akhirnya, jika anda mencari pengurusan fasiliti seperti kontraktor atau penyelenggaraan landskap, kami juga adanya perkhidmatan tersebut.

Kenapa kita

Kami terkenal dengan tindakan cepat dan lawatan tapak terdekat kami. Sekiranya anda mempunyai sebarang penyataan yang penting, pasukan kami akan berada di sana pada hari berikut sekiranya kami terdapat kelapangan jadual. Selain itu, pasukan pakar kami terkenal dengan perkhidmatan dan kerja yang bermutu. Kami telah berpengalaman dalam industri ini lebih dari 35 tahun. Harga kami juga sangat murah dengan perkhidmatan yang berkualiti.

Di mana kita berkhidmat

Dalam kawasan KL, kami meliputi di KLCC, Bangsar, Cheras, Kepong, Setapak, Bukit Jalil, OUG, Seputeh, Jalan Klang Lama dan Putrajaya. Untuk kawasan Selangor, kami berkhidmat di Sungai Buloh, Petaling Jaya, Klang, Shah Alam, Subang, Puchong, Gombak, Ampang, dan Seri Kembangan.

"call now for a free consultation"
//
Plumbing And Roofing
click to show